Quantcast
Channel: my sunshine babylydia
Viewing all 189 articles
Browse latest View live

Penduduk Johor Paling Berisiko

$
0
0
Assalamualaikum.
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia disaran mengelak daripada mengunjungi Si­ngapura ketika ini ekoran negara jiran itu sedang dilanda wabak Zika dengan 41 orang sudah di­sahkan dijangkiti virus tersebut.
Menurut Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Salam Senawang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), bukan sahaja rakyat Malaysia dinasihatkan tidak pergi ke negara tersebut, malah penduduk republik itu juga tidak digalakkan memasuki negara ini secara terlalu kerap.
Beliau berkata, Zika yang me­ngancam banyak negara di dunia kini tidak mustahil akan melanda Malaysia kerana virus berbahaya itu sangat mudah berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes, hubungan seks, ibu mengandung dan juga pemindahan darah.
“Seseorang selalunya tidak sedar dia telah digigit nyamuk pembawa virus tersebut kerana proses pengeraman hanya akan berlaku dalam tempoh seminggu selepas dia dijangkiti.
“Ini bermakna rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara lain dan pulang semula ke negara ini dalam tempoh seminggu akan terlepas daripada saringan virus Zika di pintu masuk negara seterusnya menyebabkan penyakit itu mampu menular di negara ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Terima kasih sudi baca !!!



Korban Lembu

$
0
0
Assalamualaikum.

 Ibadah Korban

1. Ibadah korban bermaksud menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban (10 dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq (11, 12 & 13 dzulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah

2. Masa ibadah korban bermula apabila terbit matahari pada hari raya korban (10 zulhijjah) dan meninggi sedikit. Namun paling baik dilewatkan sedikit hingga matahari naik segalah dan selepas selesai solat hari raya.


Hukum Ibadah Korban

Hukum ibadah korban ialah sunat muakkad.Makruh meninggalkannya bagi yang mampu. Ibadah sunat inimenjadi wajib jika dinazarkan.

Bagi sebuah keluarga, ibadah korban adalah sunat kifayah, iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan ibadah korban bagi pihak ahli keluarga yang lain. Abu ‘Ayyub RA menceritakan; “Pada zaman Nabi SAW seorang lelaki menyembelih korban bagi pihak dirinya dan juga ahli keluarganya” (Muwatta’ Imam Malik; 1770).

Harus melakukan korban untuk orang telah mati atau meniatkan pahala korban untuknya.


Fadhilah Ibadah Korban :

Sabda Nabi SAW; “Tidak ada amalan yang paling disukai Allah pada hari raya korban melebihi dari menyembelih korban. Binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya” (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan)
Sabda Nabi SAW; “Bagi setiap helai bulu binatang korban satu kebajikan” 
(Sunan Ibnu Majah; 3127, dhaif).


Syarat-syarat binatang Korban 

1. Binatang ternakan yang sah dibuat korban ialah; biri-biri (berumur genap 1 tahun), kambing (genap 2 tahun), lembu (genap 2 tahun), kerbau (genap 2 tahun) dan unta (genap 5 tahun).

2. Seekor biri-biri dan kambing hanya untuk seorang. Adapun lembu, kerbau dan unta harus dikongsi tujuh orang.

2. Disyaratkan binatang tidak cacat dengan nyata. Menurut hadis; tidak sah korban dengan binatang yang buta sebelah matanya, yang tempang, yang nyata sakitnya dan yang terlalu kurus (Musnad Ahmad; 18510, isnadnya soheh).

3. Sunat memilih binatang korban yang paling elok. Lagi elok, lagi sempurnalah pahalanya.


Cara Pengagihan Daging Korban

1.Wajib sebahagian dari daging korban disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, iaitu sekurang-kurangnya satu kadar yang dapat dinamakan sedekah (iaitu 1/2 kilo atau 1 kilo).

2. Daging korban harus jika hendak disedekah kesemuanya kepada fakir miskin. Namun sunat orang yang melakukan korban menikmati sedikit darinya mengikut sunnah Nabi SAW dan mengambil berkat darinya.

3. Sunat daging korban diagihkan kepada tiga pihak; (1) Untuk dimakan diri dan ahli keluarga, (2) Disedekahkan kepada fakir miskin, (3) Dihadiahkan kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan sebagainya sekalipun mereka kaya/berada.

4. Dilarang menjual apa-apa  bahagian dari binatang korban. Ia menghilangkan pahala korban. Termasuk dilarang ialah memberi upah kepada tukang sembelih atau orang-orang kerja dengan daging korban. Jika diberikan atas nama hadiah atau sedekah diharuskan.

5. Sebahagian ulamak mengharuskan memberi daging korban kepada orang kafir yang berbaik dengan orang Islam. Sebahagian ulamak melarangnya.

6. Korban nazar dan korban untuk orang telah mati; wajib disedekahkan kesemua dagingnya kepada fakir miskin.


***وصلى الله على سيدنا محمد، والحمد لله رب العالمين***

Syukur..dapat korban seekor lembu...



Terima kasih sudi baca !!!

Old Street Commercial Centre, Batu Pahat

$
0
0
Assalamualaikum..

Sesiapa yang tinggal Batu Pahat sure dah sampai dekat Old Street kan..??Cantik bangunan nih lagi-lagi kalau view waktu malam..Cahaya lampu memukau tau..Dan korang jangan tak tahu dekat situ ada show Disneyland Malaysia...hehehehehe...

Paling besh Disneyland ala-ala Malaysia nih diorang buat di aras bumbung bangunan Old Street tue..Kalau korang pergi Old Street naik atas tue guna tangga atau lif pun ada disediakan..Aras bumbung nanti boleh lah nampak restoran dan kedai-kedai yang terkenal dengan animasi watak-watak kartun macam minions, doremon, madagascar, snow white dan kawannya dan banyak lagi..Dan aku rasa kedai minuman dan kedai cenderamata dekat situ mahai sangat..

Rekemen korang ambil gambar dengan animasi kartun sudah memadai..Yang penting anak-anak happy dan enjoy bila datang dekat Disneyland nih..Kalau korang datang siang baik tak payah gambar..Datang lah waktu malam..baru lah cantik gambar korang tue nanti...

Ootd ibu dan amai paling cute sekali iaitu Kungfu Panda..


Animasi Cinderella..Sini lah paling penuh orang bergambar..ada bangku korang boleh duduk dalam keretapi Cinderellla tue..




Anak ibu nak kawin dengan Tuan Putera ker???




Animasi si Kuda Pony..Kartun animasi paling aku suka sangat...


Amai paling excited bila sampai dekat sini..Dia lah paling win..Pimpin tangan pun tak mahu...nak bawa diri kunun..


Amai bergambar dengan kawan...*_*


Rumah Snow White pun ramai masa nih..masing-masing nak bergambar dengan Snow White..Rumah animasi paling cantik aku rasa..Pandai diorang deco...


Ibu pun nak tumpang gambar..Jadi kanak-kanak animasi beberapa minit jeeeeee...



Gambar dari google Old Street Commercial..



Rumah Animasi Doremon..



Gambar google dari Old Street Commercial


Cuti sekolah bangunan nih sentiasa penuh...Pastikan korang cari masa yang sesuai untuk bergambar dengan animasi yang cute dan comel..

Disneyland Malaysia
Old Street Commercial CTR Rooftop,
Jalan Rotan Utama,
Taman Sri Jaya,
83000 Batu Pahat, 
Johor.

Masa : 6 petang - 12 malam.


Terima kasih sudi baca !!!

Happy Meals Mcdonald's

$
0
0
Assalamualaikum.

Actually pertama kali bawa Manje makan Mcdonald's..bukan tak pernah makan..Nih first time bawa masuk makan sambil layan kerenah dia..Excited nampak semua menu makanan..Kalau dah nama kanak-kanak semua benda yang tak pernah nampak..semua nak..semua nak beli..Ingat ibu awak nih cop duit ker..Lain lah kalau ayah awak tue anak tan sri..hehehehehe..Dan tue lah sikap Manje setiap kali bawa pergi tempat permainan dan toys..Sometimes aku boleh jadi hulk sekejap tau...

Manje dengan Ibu...


Manje nih kalau bab nak bergambar saja je kan..Macam-macam mimik muka dia show kan...



Manje dengan cousin..Kawan baik..kawan gaduh..


Happy manje dapat happy meals..


Manje nih setiap kali singgah sini..sure nak burger ikan..hantu ikan minah nih...


Besar dah Manje ibu nih..Bulan depan masuk 3 tahun dah..Sekejap je kan...Tengah fikir nak celebrate birthday minah ker tak...emmmm...



Bersama mak mentuaku..yang kurang sihat..Faktor usia..Kencing manis , darah tinggi dia pun naik..Makan pun kena jaga sekarang nih...Moga mak makan pantang dan cepat sihat... +_________________+

Korang ada petua nak kurang kan penyakit kencing manis dan darah tinggi tak?Sharing plzzz..


Terima kasih sudi baca !!!

Hai October !!

Hokkaido Ice Cream Puff

$
0
0
Assalamualaikum.

Sesekali nak merasai dunia kanak-kanak makan yang manis..Hehehe..Masa mengandung kan Amai aku suka sangat makan ice-cream..Pantang ada ice-cream flavour baru...harus lah di cuba terutama jenama Walls..


Hokkaido Ice Cream Puff baru buka cawangan di Batu Pahat..Orang Batu Pahat sila lah serbu di Old Street Commercial tingkat dua..Jangan lupa lepaskan menikmati ice-cream nih kalau korang jalan-jalan dekat Old Street tue tau...Rugi rasanya tak mencuba..


Hokkaido Ice Cream Puff ini merupakan pencuci mulut yang didatangkan dengan 10 perisa yang enak dan sedap..Korang boleh pilih perisa apa yang korang suka..Kalau hari siang memang banyak belum sold out masuk je pukul 7malam mula lah banyak habis..Nasib baik aku pergi tenghari..aman sikit..kalau tidak berjanggut kak senah tunggu sini..beratur..



My fav flavour Mint Choco Chip.

 Chocolate Chip and Mint Choco Chip..yumsssss



Ice-cream ini juga dijual dengan harga RM3.80 setiap satu..murah kan..Paling enak hokkaido ice cream ini dikapit dengan roti yang rangup..


Ibu suka makan ice-cream hokkaido nih sebab dia ice-cream lain dari yang lain..Selain portion yang besar dan paling penting aku kenyang sampai ke malam tau ...!!! -______________________-


Alamat :
Hokkaido Ice Cream Puff
No.6A Jalan Rotan Kong,
Taman Sri Jaya,
83000 Batu Pahat,
Johor.

Our Bisness :
Mon - Thurs : 2.00pm - 10.00pm
Fri    - Sun    : 1.00pm - 10.00pm

Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

$
0
0
Assalamualaikum.

Innalillahi wa inna ilaihiroji'un.....

Moga Allah memberi kekuatan kepada semua yang berada di sana...Terima kasih kepada yang membantu..May Allah reward you..

Allahuakhbar!!! #prayforHSA










 Allahuakhbar!!! #prayforHSA


Terima kasih sudi baca !!!

Simple Birthday Amai

$
0
0
Assalamualaikum.

Plan last minit nak sambut birthday Amai pagi Sabtu lepas..Nih pun plan laki aku lah nih..Dah kelam kabut sikit fikiran ibu bila plan A jadi plan B..Planning aku nak makan dekat Secret Resepi je senang..lagipun sekarang Secret Resepi ada buat offer beli 3 slices percuma 1 slices..sampai 31 October rasanya..At least ada sebijik kek dengan lilin sebatang bagi manje tiup..Cukup lah tue..Janji dia happy..

Laki aku punya planning suwoh pergi beli kek lepas balik keje sabtu tue..Nak pergi bandar mau-mau buang masa 45 minit..nasib baik dekat Parit Raja ada buka branch Secret Resepi..Maka aku pun terjah je lah ke situ..Sebelum pergi aku ada call tanya ada buat kek apa untuk hari nih...Diorang pun rekemen New York Cheese.. Dalam hati bagus jugak nih...kegemaran laki ai..


 Balik kerja..teruss zaasss..Secret Resepi , Parit Raja..

Sementara tunggu staff diorang tulis nama atas cake..aku sempat pilih Sugar Doll sebijik RM2.50..aku beli 2 Doll..cantik sikit..number Candle pun aku beli sekali..RM3.50..Murah pulak tue..jimat masa dan wang ringgit dekat situ...


Cium ibu sikit....mmmmuahhhhhhh...Sayang ibu...yang tue paling mahal tau korang !!!! +_____________+


Happy Birthday Manja Ibu....a.k.a Mak Nenek paling garang.....


Simple je malam tue kitaorang sambut birthday Amai..Kakak ipar yang nombor dua yang memeriahkan suasana malam tue....mak mentua ..Atok je tak ada..sebab dia kat kedai..


Sempat laki aku pergi beli pizza dengan ayam KFC..mentang-mentang lah anak dia hantu ayam..


Bila tengok balik gambar nih..cam sedih pulak...+______________+ 
Manja tahu dia dah besar..dah pandai bawa diri..walaupun sometimes buat ibu ayah jadi Hulk sekejap...



 Peace dari saya...

Anak-anak kakak ipar nyanyi lagu untuk dia..


 Puhhhhhhhhhhhhhhh...puhhhhh !! Selamat ulang tahun sayang....Ibu doakan manja jadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat..i love u babybehh..



Terima kasih sudi baca !!!



Batuk dan Selsema

$
0
0
Assalamualaikum.

Baru-baru nih, seminggu Amai batuk dan selsema..Mungkin faktor cuaca dan persekitaran menyebabkan Amai batuk dan selsema.Amai jarang kena batuk dan selsema .. tapi tu lah bila nak kena..susah hati bila ibu nak pergi kerja..Dengan batuknya kering...+___________+

Nasib baik dia tak demam..Kalau demam takut jugak..lagi tiba-tiba kena sawan panas..Tapi aku bawa jugak pergi Klinik King hari tue..takut dibiarkan nanti melarat..macam-macam penyakit lain datang pulak...

Bodak bangun pagi...Tengok muka dia..masham...

Layu je minah nih pagi tue...Belum sarapan lagi masa nih..


Faham ker apa doctor tue cakap sayang??Masa tue doctor nasihat..jangan main kotor..tangan kena cuci selalu..jangan makan ayam..minum air putih banyak..Manja nih tunduk anguk-anguk tanda faham lahh tue...


Bawa Manja pergi urut petang tue dengan Mak Long Anum..pun diam-diam dekat situ..sikit pun tak nangis..Mak Long pesan nak baik cepat kena urut..nanti cepat baik..Terus buka baju..tanda faham lahh tue..


Batuk sebenarnya adalah cara tubuh membersih dan melindungi lubang udara daripada mucus dan lain-lain rembesan. Batuk juga adalah satu petanda suatu penyakit.
 

Batuk yang basah TANPA tercungap-cungap atau pernafasan laju mungkin berpunca dari jangkitan virus di hidung, sinus, tekak atau salur udara besar paru-paru. Selalunya akan ada bersama symptom-symptom lain seperti bersin, selsema, mata berair ataupun demam yang sederhana. Dan itulah yang dialami Balqis.
 
Ibu perlu bimbang dan berjaga-jaga jika:
  • anak batuk tercungap-cungap
  • pernafasan laju
  • letih, tidak aktif seperti biasa
  • tidak lalu makan
  • bertambah teruk pada waktu malam atau selepas bersenam
  • batuk yang berlarutan lebih dari 10 hari
Ibubapa perlu tahu batuk sebenarnya baik untuk kanak-kanak. Ia membantu menyahkan kahak daripada saluran pernafasan. 
 
1. UBAT PEMBANTUT KAHAK – jika batuk anak anda membuatkannya terjaga di waktu malam, ubat ini boleh membantu merencatkan tindakan reflex di dalam tekak dan saluran trakea dan boleh menolongnya tidur. 
 
2. EKSPEKTORAN – ini adalah ubat untuk mencairkan kahak. Kajian-kajian telah menunjukkan ubat ini sebenarnya tidak banyak membantu. 
 
3. UBAT TITIS BATUK – ia berkesan untuk meningkatkan penghasilan air liur yang dapat melegakan tekak anak dan mencairkan kahak. 


Selamat berhujung minggu !!!


 Terima kasih sudi baca !!!




Weekend Semalam

$
0
0
Assalamualaikum.

Hai korang !!!Lama sangat dah tak update blog nih..Bersawang sangat!!Hujung tahun sibuk memanjang..banyak jadual prepare untuk tahun hadapan..Wahhh gitu..

Nihh haah saja nak update semalam masak ikan hasil pancingan laki aku..Sekarang laki aku dah sibuk nak memancing..tapi syukur alhamdulilah..dapat hasil ikan besor..boleh lah aku masak untuk hari weekend..

Menu semalam Ikan Siakap Batu dan Sayur Capcai Cendawan..gambor sayur lupa nak ambik.Hari weekend memang turn aku masak walaupun dua jenis lauk.


Bahan-bahan aku apa yang ada dalam peti ais..Korang nak resepi google lah sendiri iyer..


Sekarang kalau hari tak kerja, Manja nih pantang sikit nampak handphone aku letak atas kabinet..Menjajau dia cari..Selongkar dalam beg aku pun dia sanggup..Jawapan dia nak ambik gambar ibu..nak ambik gambar baby..


Ini lah kawan-kawan manja di kala dia sorang-sorang... Mickey Mouse, Squirel, Angela, Rabbit and Ponny..


Amai is a BIG GIRL paling garang..hihihihi...Amai dah besar..tahun depan umur 4 tahun..Jangan cepat sangat besar..Nanti ibu rindu......


Terima kasih sudi baca !!!

Visit Baby Girl Nur Zahra

$
0
0
Assalamualaikum.

Sabtu lepas dah plan nak pergi tengok kawan opis bersalin..Bila dengar nak tengok baby aku kena ambik aura banyak sikit dan bau baby nih..Bau baby nih sedap sangat walaupun bau susu mashammm tue..Mana lah tahu depan turn aku bersalin..iyerrr dok...Aminnnnnnn

Lena je baby girl Zahra tido..Masa aku sampai dia baru siap nenen..Kenyang tue yang nak tidooo je..Elok je dalam buai..Masa baby senang sikit jaga..Cukup time bagi nenen, tukar lampin, mandikan..tue pendapat aku lah..tak tahu pulak cara orang lain macam mane...


Nak gambar jugak dengan baby Zahra walaupun dia tak layan aku..Baby nih kalau time tidur siang lama pulak tue..Kalau malam mau tidaknya berjaga..Sebab tue time berpantang mata-mata ibu kelihatan seperti panda...Hihihihi..


Mudah-mudahan dapat lah aku baby sorang tahun depan iyer..Ta kisah pun girl atau boy...Korang doakan lah iyer...



Dengan mama Farra..


Wajah-wajah mak bodak macam nih lah iyer...Mama Faizah , Mama Rina, Mama Farra, Mama Ina dan Ibu Amai....


Sebelum balik ambil gambar dulu..Kenangan nih...Selamat berpantang Rina..Nanti naik kerja boleh sambung gosip lagi..


Nak balik pun tidur lagi..Sepanjang aku pangku..lena betul dia tidur..Nanti besar sikit boleh main dengan kakak Amai iyer..Ibu  Amai balik dulu....tatatatata..Boleh sambung tidur lah awak Zahra ... 


Terima kasih sudi baca !!!

Salam Disember !!

$
0
0
Assalamualaikum.



#rewarduntukdirisendiri #sometimesminifikofiko



Terima kasih sudi baca !!

Movie Upin Ipin Jeng..Jeng..Jeng

$
0
0
Assalamualaikum.

Kini siri animasi yang menjadi igauan dan minat anak-anak kecil tak lain tak bukan adalah Upin Ipin! Amai antara kanak-kanak yang sukakan cerita animasi nih..Wahh bila dengar  ibu ajak tengok wayang..cepat-cepat dia pilih movie tue.."ibu amai nak tengok Jeng..Jeng..Jeng..boleh tak??Fikiran kanak-kanak sekarang tak sama macam kita-kita yang dulu..Majoriti sekarang semua dah advance..Dulu aku masa kecil pun tak mampu masuk panggung....+_______+


Amai nak masuk wayang sempat paw ayah dia mainan..Sekarang minah nih suka Princess and Cartoon Baby..Minah nih permainan ikut musim..

Bagi filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, ia memberikan suatu kepuasan yang rata-rata dimaklumkan oleh anak-anak kecil dan juga ibu bapa. Kisah mengenai kasih sayang berkeluarga seperti Upin Ipin yang juga anak yatim piatu. Filem ini membawa beberapa mood seperti sedih, gembira, kelakar dan geram.

Sebenarnya banyak nilai-nilai murni yang dapat dipelajari daripada filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini. Impian untuk keluarga bahagia, ikatan silaturrahim yang tidak diputuskan, wasiat yang perlu ditunaikan dan juga sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian di kala kita jatuh.

Pada pendapat aku, movie nih banyak terapkan nilai-nilai murni..Korang yang belum menonton jom lah bawa anak-anak menonton bersama lagi-lagi musim cuti sekolah..Movie nih sesuai untuk semua lapisan masyarakat..

Penampilan Awie membuat konsert bersama Upin Ipin tue lah paling besh dan menghiburkan..Secara purata nya aku hanya mampu bagi 5/10 bintang je...


Terima kasih sudi baca !!!

Amai Kena Ruam Ekzema Alergi

$
0
0
Assalamualaikum.

Actually Amai memang kulit sensitif sejak umur 2 tahun lebih macam tue lah..Dia bukan kena satu badan..tapi di pelipat tangan dan kaki..Sensitif sangat Amai nih..Lagi-lagi dia memang tak boleh kena pnasa mula lah ruam sana sini..Habis dia garu sampai kekadang tue melecet darah..

Walaupun Amai kulit sensitif yang jenis light-light aku still sapu ubat..Sabun mandian pun aku dah tukar kepada Cetaphil..

Setiap kali Amai mandi aku akan sapu Prickly Heat Powder atau lebih dikenali sebagai Bedak Ular..Bedak nih berangin sejuk je tau..Rasa pun padat dan berat bedak nih..Aku beli di Sensei China Senggarang je..rasanya di mana-mana farmasi ada kot..Korang boleh lah cari dekat situ..aku pun suka pakai powder nih..


Untuk mandian aku dah tukar kepada Cetaphil..Pagi dan petang aku sapu setiap kali dia mandi..


Mula-mula cuba pakai nampak perubahan ok lah..Lepas tue mesti tumbuh lagi..Tue pon kejap ada kejap tak de..Panas sikit mula lah dia keluar..



Habis dia garu lagi-lagi tang leher dengan lengan tue..


Tengok semalam ruam kat badan Amai..Garu-garu sampai jadi macam tue..nak katakan kuku minah nih sentiasa panjang tidak jugak..tak mungkin..

Dan lagi faktor habuk pun kemungkinan jugak al maklum lah rumah laki aku nih tepi jalan...Habuk sentiasa ada di sana sini..Aku pun bukan selalu dekat rumah nak sapu hari-hari... mana lah ada masa kan..Kalau aku nih housewife tak pe gak..Nih kalau aku balik kerja pun dah petang..Nak mengemas balik kerja dengan penat nya mau tak nya aku boleh pengsan ...

Korang bagi pandangan sikit produk apa yang sesuai dengan Amai nih..

Share please...


Terima kasih sudi baca !!!

Jalan-jalan PD dan Melaka

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari nih penutup tirai 2016..Sekejap noo rasanya setahun berlalu kan..Setiap hujung tahun jugak aku dan somi akan masa satu dua hari berjalan..Ambik angin laut sesekali..Hilang kan stress dalam kepala otak nih..Somi ai orang berniaga bab cuti memang ada payah sikit dia nak tinggalkan..

Keluarga kecil saya..Harapan tahun 2017 bertambah keluarga saya...#prayforbaby..


Sebelum check in kitaorang ambil angin dekat Teluk Kemang..Lama ta singgah sini..Cuti sekolah Port Dickson memang lokasi dipenuhi orang ramai..



 Habis ambik angin laut Teluk Kemang..check in terus..mata nih mintak bantal dah...Aku stay di The Grand Beach Resort..stay satu malam RM280..Kali nih pergi ambil angin aku takbooking pun..Datang terjah terus bayor...hahahaha..
Hotel lain penuh dah masa tue...Nasib dekat sini ada kosong untuk famili deluxe..


Nak ootd dengan Amai sementara tunggu ayah solat asar...

 Amai tak sabar nak mandi kolam..tak boleh masuk kolam lama-lama tau sayang..awak tue batuk...


 View pagi di The Grand Beach Resort....hotel nih kat dengan pantai..ta payah berjalan kaki jauh-jauh..


 Sarapan pagi dekat sini semua nya sedap-sedap..Lokasi yang bersih..aman..dan pelbagai sarapan pagi di sediakan..Amai pagi tue makan cocoa crunch dengan susu..Minah nih awal pagi sangat sarapan bukan nya nak..yang dia tahu selimut bantal je...


 Isi perut sikit terus jalan-jalan dekat pasir..dulu masa pijak pasir mau dia jerit satu pantai..Sekarang dah besar senang sikit..cerewet tue hilang banyak dahh berbanding dulu..hhahahahahah.


 Esok dah balik...check in satu malam je...Ayah cakap nak singgah Melaka..Bawa manja tengok haiwan..Dulu nak singgah zoo banyak kali tapi setiap kali nak singgah mesti hujan..Kali ni ada rezeki minah nih dapat lah tengok live..selalu tengok dekat ipad dengan tibi je..



 Pandai dah pose..kalau suwoh ambik gambar...



 Ayah dengan Amai..banyak binatang dekat sini banyak dahh Amai kenal..



 Ibu..Pony !..Pony !!


Gajah paling ramai orang tengok sambil beri makanan..yang bergambar pun ada..


 Ootd di zoo dengan Amai..



 Balik dari zoo ingat kan nak beli Kuih Keria Antabangsa nih..selalu tue orang punya beratur macam ular..Sudahnya aku beratur dah abis..Ingat nak beli untuk mak mentua..Nampak gayanya next time lee kitorang singgah lagi..Viral sungguh Kuih Keria nih..sampai orang yang tiru pun ta dapat buat rasa macam mana Haji Jalil buat tau !! Salute !!!

Nampaknya ringkas percutian kami selama dua hari nih kan...Hehehe..Insyallah tahun depan ada rezeki jalan jauh sikit kay...!!


Ootd ibu sebelum penutup tirai 2016....ecehhhhcecehhhhhh

Blessings from Allah SWT and positivity may we walk in 2017 with bigger faith, financial blessings , good health and peace of mind...

Happy New Year uollsss !!!


Terima kasih sudi baca !!!




Last Day Tahun Baru Cina

$
0
0
Assalamualaikum.

Selamat pagi korang...Lama dahh tak update blog yang sendu nih..Sejak tukar management bos baru masa kerja pun cukup-cukup suntuk..Lapan jam kerja macam tak cukup rasanya..Nampak tak mak jemah sibuk bebenor..Nak baca blog kawan-kawan pun slide -slide je tau korang...

Macam biasa last day kerja kitaorang sebelum bercuti panjangggggg akan berkumpul dalam satu group..masa tu lah semua gosip yang panas sejuk akan keluar..hihihihi..

Kakak kesayangan tempat meluahkan perasan sedih suka semua pada dia...+___________+



Menu kitaorang dah order awal-awal..sampai situ terus tersedia untuk 8 orang..Order mee claypot dan mak buyung mengidam nasi claypot..Dekat sini ada pun ada set untuk lunch..Ala carte pun ada..Boleh pilih untuk tekak masing-masing..

Ini kali kedua aku sampai kedai nih..Makanan dan minuman dekat sini biasa sahaja...Ingat tue BIASA sahaja..So kepada orang Batu Pahat nak mencuba menu dekat sini...korang boleh try di CS PopularRestaurant..Kedai nih berhampiran dengan AEON Batu Pahat..pakai waze confirm sampai..


Muka kenyang pasti senyummmmm kan...


Kepada sesiapa yang DM aku..whatsapp tanya aku beli set blouse nih..Sila follow Instagram di myon9shop..Banyak helai dahh aku shopping dekat situ..


Happy Chinese New Year !! Year of the rooster !!!!



Hari nih jugak last day Tahun Baru China untuk tahun ini..sekejap kan dah dua minggu diorang raya...Masa berlalu begitu cepatnyaaaaa..

Korang buat apa hujung minggu nih????





Terima kasih sudi baca !!!

Kenduri Arwah Bonda

$
0
0
Assalamualaikum.

Hampir tiga tahun pemergian Bonda ku.. Sepanjang ketiadaan Bonda hanya doa yang tidak pernah putus aku kirimkan..Setiap kali solat Alfatihah tidak pernah aku lupakan..Kiriman rindu hanya Allah sahaja yang tahu..

Setiap awal tahun pasti nya aku akan berkumpul adik-beradik untuk membuat kenduri arwah Bonda..semestinya di rumah arwah Bonda..tempat aku lahir dan membesar di situ...Rindunyaaaaa +_____________+

Juadah untuk malam tue..Pecel, Ayam Masak Merah , Sayur Goreng, Nangka Masak Lemak..Sedikit kuih muih..

Seronok malam tue..semua adik beradik dapat berkumpul bersama-sama..Actually kitaorang payah sikit nak kumpul macam nih..Tunggu bulan Ramadan dan Syawal nanti..Insyallah..


Ootd ibu sebelum Tahlil dan Doa Selamat arwah Bonda...Merah makngah..



Manja dan Ibu..Minah nih baru bangun tidur...Siang satu hari asik main dengan cousin dia..Makan minum pun tak hirau dahhh..Mood ke laut sikit malam tue..


Inilah teratak Bonda saya....#kampunggirl



RINDU BONDA...AL FATIHAH....



Terima kasih sudi baca !!!!

Selamat Ulang Tahun Suamiku

$
0
0
Assalamualaikum.

Happy 37th Birthday to my man..Forever my bestfriend and punching bag..Love uou endlessly.. #sayangayahselamanya #iloveu


Suamiku yang semakin tua dan tua..Tua pada nombor saja tau..Hati tak tua...emmmmm


Hari jadi siapa sebenarnya nih???


Amai nih pantang nampak cake..hantu cake pun iyer minah nih..Setiap tahun setiap bulan hari jadi dia..


Doa dan harapan suami pada aku.."semoga amai dapat adik..rajin dan usaha sikit " hihihihi..


Terima kasih sudi baca !!!

The Coffee Bean & Tea Leaf

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari tue lunch nak tukar selera..kalau tak asik..asam pedas..nasi ayam penyek..mau tak nya jemu dekkk oii..Setiap kali lalu lalang depan Old Street nih mesti tengok dekat Coffee Bean nih..lagi-lagi bau kek dan coffee sure tak toleh belakang..Siapa hantu kopi kita genggg !!!!

Craving punya pasal maka aku pun cuba makan dekat sini..Masa aku pergi hari Jumaat orang tak ada..Lenggang sikit..tak lah crowded sangat tapi lepas setengah jam baru lah ada orang..Masa tak ada orang lah aku nak ootd..hihihi

Sesekali nak jugak ootd sebagai seorang ibu tanpa gambar anak...hehehehehe..


Bagi aku tempat sini bersih dan suasana pun senyap..Air cond yang selesa..Layanan diorang pun ok..Serve terbaik..Makanan pun sedap-sedap dekat sini..The Coffee Bean lebih kepada westren dan desert..Sesuai untuk minum petang..Aku nih pun tak kalah..tekak mengalahkan owang putih..


Tempat yang pertama aku tuju..Terus jatuh cinta..Petua orang tua kata "nak bagi mood rasa fefeling ketawa dan senyum makan lah benda manis" conform mood korang berbunga-bunga sampai petang..


Makan satu slice cukup..tak boleh banyak nanti lelemak ibu nak letak mana???Tak pasal-pasal aku kena kayuh petang tue..



Pizza dengan spageti yang nih habis aku makan..padahal pagi tue dah melantak nasi lemak..



Aktiviti makan memang akan membuat aku rasa bahagia tau lagi-lagi dapat makan apa yang kita idamkan..hahahaha #diettolaktepi.


Terima kasih sudi baca !!!

The Coffee Bean & Tea Leaf
Old Street Commercial Centre,
83000 Batu Pahat,
Johor.

Sakit Pergi Jauh....

$
0
0
Assalamualaikum.

Bulan lepas punya cerita baru nak update bulan April..boleh gitu??ok lah daripada tak update kannn...kannn?? Almaklum lah semenjak dua minggu nih sibuk bebenor rasanya..

Siapa yang follow instagram aku sure tahu Amai demam panas ..takut aku masa tue weiii..mana tak nya..suhu 39 tak surut-surut makin panas..makin panas..tak tido lena aku 3 hari tue..dah first time aku cuti panjang masa tue..siang malam aku jaga Amai..Actually Amai jarang demam..mula-mula bapa mentua aku yang demam..lepas tue mak mentua..lepas seminngu laki aku pulak..musim lagi pun..last sekali Amai yang kecil pun terkena jugak aura demam tue..mau tak nya asik guling-guling dengan atok je..kang dah kena..

Alhamdulilah aku jarang kena selsema batuk demam..syukur..sebab aku rajin amalkan makan vitamin C mana yang tanya aku makan brand Vitamin C..aku cuma makan 2 jenis je GNC dengan Shaklee..dua-dua aku suka makan jenama nih..aku nih kuat makan supplement..apa-apa supplement yang sihat sure aku beli dan makan..badan nak pakai lama dik..kena lah korban sikit duit tue..bila dah sakit nanti baru terkial-kial nak beli tue semua..

Hari pertama sakit..dah melepek..tunggu laki aku balik kedai..petang baru pergi Klinik King..aku satu famili serasi pergi Klinik King..tapi bila turn Amai pulak..makin panas..tak serasi pulak dengan demam panas dia hari tue..lagi lah mak yang rasa nak demam nakkk oiii..




Petang tue jugak bawa Amai pergi klinik..Sampai klinik tidur pulak..Mungkin Amai letih..badan pun makin panas..Nasib petang tue tak ramai orang.. 



Bila dah bagi makan ubat..suhu Amai makin tak turun...still 39 panas..Aku terpaksa jugak kasi ubat bontot klinik bagi malam tue..sebab dah panas sangat..bila ubat bontot abis je..panas nya sambung balik...Semalam aku tak tidur weiiii...cuakkkkk !!!



Ubat dah separuh bagi..tapi tak kebah-kebah jugak panas tue..bagi air kelapa ada kurang sikit lah..tapi still lagi Amai demam...


Kalau panas still tak turun aku dah decide nak pergi Klinik Pakar Kanak-Kanak Allen Bukit Perdana walaupun mahal tapi aku rasa Amai serasi dengan ubat dekat sini..yang penting anak ibu sihat macam selalu..boleh main toys, basikal, menyanyi dan boleh gaduh dengan ibu...


Pagi-pagi aku dah sampai Klinik Allen..Amai terus tak jadi demam bila nampak sudut mainan..lupa ingatan sekejap..hihihi..Awak tue demam sayang..check up dulu..nanti sambung main lagi..angguk seperti faham apa ibu dia cakap..hihihi



Ibu "hidung Amai sakit lah..."..padahal nak tanggal kan cool fever atas dahi tue kan...


Habis check up doctor letak cool fever..macam-macam alasan suwoh buang cool fever tue..hiihihihihi



Alhamdulilah..seminggu makan ubat dari Klinik Allen nih demam Amai semakin baik..syukur sangat..kepada siapa yang pernah pergi Klinik Allen nih mesti tahu ubat dekat sini paling baik untuk kanak-kanak..Aku pun suggest korang pergi Klinik Allen nih sangat-sangat okay...

"Tiada seorang mumin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan) , diserang penyakit atau kesedihan 
(kesusahan ) sampai duri yang menusuk tubuhnya..kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya..."

Terima kasih sudi baca !!!
Viewing all 189 articles
Browse latest View live